TABUNG KAWIN SAYA - PLS KLIK

Pages

Berhenti Mengeluh, Bersyukurlah


Berhenti mengeluh. Tajuk entry sis kali ni bukanlah niat untuk menyindir sesiapa. Tapi 100% ditujukan kepada diri sis sendiri. Sebabnya, sis memang manusia yang sentiasa mengeluh dengan apa yang berlaku pada diri sis. Sis mengaku. Tak hipokrit ye.

Kadang-kadang sis mengeluh bukan sebab sis tak boleh terima takdir yang Allah dah tentukan kat sis. Sis ok aje. Sangat!

Balik kerja semalam sis sempat berborak dengan kakak bertanyakan apa yang di borak beliau masa mak sis call tu. Sebab sis dengar macam sayu-sayu gitu.

Me       : Kak, semalam mak cakap ape? Cite ape?
Kakak : Oh, yang arwah tu la. Sebelum tu family dia ada minta derma untuk dia pergi berubat. 
Me       : Ohh....
Kakak : Kita ni bersyukurlah dengan kehidupan yang ada sekarang. Jangan mudah mengeluh. Kita tak tahu orang kat luar sana beribu berjuta masalah yang dihadapi daripada kita yang masih mampu untuk ketawa, untuk makan, untuk pergi bercuti. 

Sis betul-betul tersentap. Terkedu. Insaf seketika. 

Sis selalu mengeluh bila duit gaji tak cukup. Bayar itu ini. Habis macam tu je. Tapi sis tak fikir pun, yang sis ni bergaji bulanan. Ada orang tu cuma mengharapkan ada jualan, adalah duit. 

Sis bukan manusia yang sempurna. Sis lupa dalam rezeki sis tu ada rezeki orang lain. 

No comments:

Post a Comment