TABUNG KAWIN SAYA - PLS KLIK

Pages

Jodoh, Bukan Aku Yang Tentukan



Sabtu yang indah boleh bangun lewat, kemas bilik & santai di rumah. Tapi kebelakangan ni emosi sis sangat tak stabil bila orang persoalkan jodoh sis. Macam nak cili-cili je mulut diorang. Sis faham umur sis pun sekarang dah 25/y dan umur macam tu ramai yang akan tanya sis bila lagi tambahan pulak sebaya sis ramai dah berkahwin , dah ada anak semua. Tapi tu lah, kalau sis cakap pun bukannya diorang faham.

Kalau yang sekali tanya tu sis ok lagi tau kalau yang tanya berkali-kali siap perli bagai ni memang kurang hajar tau. Ehhhh relex la. Sis baru 25 kot. Rezeki kita tak sama. Ada yang bertemu jodoh awal ada yang lambat. Semua tu kerja yang diatas sana. Engkau tinggal berdoa dan berusaha je. 

Tapi sis lagi kesian kepada mereka-mereka yang masih mengharap rezeki zuriat. Lagi lagi kalau ada yang bertanya tanpa menghiraukan perasaan orang lain. Sis nak tutup mulut mereka pun tak boleh. Tapi sis mampu lagi bersabar. Kadang-kadang tu sis rasa tercabar jugak bila mak kat kampung call bagitau yang umur bawah-bawah sis dah nak kawin lah bertunang lah, beranak lah. Tapi tu lah. Jodoh tu bukan aku yang tentukan.

Bernikah tu bukan sekadar elak maksiat, bukan hanya sebab cinta antara satu sama lain. Semua tu tak cukup. Banyak perkara yang perlu dipelajari. Pergi kursus kawin je tak cukup babe. Bila dah berumahtangga banyak hati yang perlu kita jaga. Banyak benda yang kita kena korbankan. So, persiapkanlah diri kita. Kita sebagai perempuan janganlah berharap sangat dengan duit suami, kalau boleh kumpul aset, buat simpanan untuk masa akan datang. Tak rugi pun. Kita tak tahu apa akan terjadi pada masa akan datang tapi berdoalah moga baik-baik saja. 

Kalau tak ada rezeki anak mungkin Allah bagi rezeki dalam bentuk lain. Sama jugak dengan rezeki kawin awal atau lambat. 

Tapi jauh disudut hati ini, sis berharap bertemu jodoh dengan yang baik-baik. Amin. 
 

No comments:

Post a Comment