TABUNG KAWIN SAYA - PLS KLIK

Pages

Bayar Tunggakan PTPTN Melalui KWSP Akaun 2



Ramai diantara peminjam PTPTN yang mempunyai tunggakan dan mula risau sebab takut nama kena blacklist, tak boleh dah nak holiday ke luar negara. Padahal everymonth bayar tapi tunggakan dulu-dulu punya cerita still tak settle lagi.

Ok meh sini sis ceritakan macam mana sis settlekan tunggakan PTPTN sis menggunakan KWSP Akaun 2. Make sure akaun 2 korang mesti ada duit yang mencukupi untuk settlekan tunggakan tersebut. Before nak buat pengeluaran KWSP Akaun 2 untuk selesaikan tunggakan tu, korang kena ada i-Akaun KWSP ye. Macam mana nak buat? Korang pergi mana-mana kiosk KWSP. Masukkan IC dan klik pengaktifan i-Akaun. Tempoh pengaktifan i-Akaun hanya 30 hari sahaja. 

Before cuti CNY lepas, sis pergi ke Pejabat PTPTN di Ayer 8, Presint 8, Putrajaya (Berhadapan dengan Teh Tarik, Tingkat 2) untuk membuat pengeluaran KWSP. Actually, korang boleh je buat permohonan pengeluaran KWSP melalui i-Akaun tu, tapi sis tak nak. Sebab sis rasa better sis jumpa dengan Pegawai PTPTN tersebut dan dengar satu-persatu penerangan daripada beliau. Masa tu Pegawai tersebut bagitahu berapa tunggakan yang sis kena bayar. Alhamdulillah dalam Akaun 2 KWSP sis terlebih cukup untuk bayar tunggakan tersebut. Pegawai tersebut bantu sis membuat permohonan pengeluaran KWSP Akaun 2 dalam masa yang sangat cepat.  Maklumlah,  sis rasa tak sampai 3 orang pun kat pejabat PTPTN masa tu. Dah settle bahagian pengeluaran tu, sis kena tunggu sms dari KWSP untuk thumbprint dalam tempoh 3 hari. Tapi masa tu tak sampai pun 3 hari KWSP dah sms minta datang untuk thumprint.


PERHATIAN : Masa nak thumbprint, sila bawa salinan IC, Original & salinan Sijil Diploma, Salinan Transkrip & Surat pengesahan permohonan pengeluaran (Yang ni sis dapat daripada pihak PTPTN) Macam gambar kat bawah ni..

Lepas thumbprint, korang kena rajin semak i-Akaun untuk memastikan proses pengeluaran tersebut diluluskan. Masa kat KWSP tu, Pegawai KWSP bagitau proses tersebut memakan masa selama 10 hari. Sis pergi thumbprint 01 Februari 2017, lulus pengeluaran KWSP pada 07 Februari 2017. Tak sampai pun 10 hari. Cuma anggaran pihak KWSP.


Bila dah lulus, bermaksud pihak KWSP dah buat pembayaran kepada pihak PTPTN. Korang boleh semak penyata baki korang DISINI

Selesai ! So sekarang sis dah boleh booking tiket ke luar negara dengan harapan duit jatuh dari langit. HAHAHA. Yang penting nama tak blacklist. Make sure lepas tu kena bayar cantik yer. Moga tak masuk dalam kategori blacklist lagi. HAHAHA

Ohhh ye, sis ada buat permohonan penstrukturan semula untuk ansuran bulanan sis. Dimana sis telah membuat permohonan pengurangan bayaran bulanan PTPTN sis. Tunggu dah settle sis akan tulis entry tersebut.

Pegawai PTPTN Ayer 8, Putrajaya , Cik Amiza (Saya bagi 5 bintang kat beliau. Sangat membantu)

Kalau korang rasa leceh la nak ke Pejabat PTPTN la ape, korang boleh buat pengeluaran melalui dalam i-Akaun tu je.Tak perlu jumpa pegawai PTPTN pun. Tapi kalau rasa ada benda nak bincang dengan pihak PTPTN atau sebarang pertanyaan yang lebih lanjut better rajinkan kaki anda datang ke Pejabat PTPTN yang berhampiran. 

Ok. Bai.




Nurraysa Pearl Magic Lipstick - Everyone Can Beautiful


Hari ini sis bukan nak buat marketing ke apa, cuma sis nak bagitau yang sis sangat-sangat suka pakai Nurraysa Pearl Magic Lipstick ni. Even dah cuci pun bibir tetap nampak merah dan segar. 

Sebelum ni sis ada jugak try beli lipstick lain tapi satu pun tak ada yang sesuai dengan sis. Masuk tengahari tu bibir sis dan macam pucat dah. Hilang kaler lipstick yang sis pakai. Dipendekkan cerita, Puan Sofea (officemate) offer sis pakai lipstick beliau. Macam biasa sis tanpa segan terus calit kat bibir. Masa tu dalam hati tak confident pun dengan lipstick beliau. Jahat tak? Hahaha. Masa pakai tu ada rasa berangin sikit. Masa dah pakai tu sis makan je macam-macam, tapi sis perasan yang bibir sis makin merah. Balik kerja dah siap mandi apa semua dah siap makan bagai, nak tidur tu sis sempat lah belek-belek wajah sis kat cermin, masih lagi bibir sis merah padahal dah cuci dah. OMG! sis terus order dengan Puan Sofea.  RM24.00 only (Exc postage). Harga mampu beli, mampu pakai dan mampu cantik.



Kaler tu satu tu je tau. Jangan memandai kau nak order kaler biru lah purple lah. Sebab lipstick ni ikut jenis warna darah engkau ataupun ikut suhu badan kita. Kerlasss tak?



 Tak payah make-up pun takpe. Just pakai je lipstick so uols dah nampak gojes dah. Sis syorkan mana-mana yang tengah cari lipstick yang sesuai untuk bibir uols tu, trylah pakai Nurraysa Pearl Magic Lipstick. Lagipun lipstick ni ada collagen ye. 

Nah, sis bagi contact number yang jual produk Nurraysa 

Puan Sofea - +6019 348 4311


Ok, Baiiiiiiiiiiiiiiiiiii *sis baru je repeat order dengan Puan Sofea*



Hutang Tetap Hutang - PTPTN



Dengar je nama PTPTN, ramai yang terkedu seketika. Mana taknya hutang beriban tak bayar. Ada yang dah habis belajar, dah graduate terus hilang ingatan lupa nak bayar PTPTN.

Sis pun dulu masa ambil Diploma, PTPTN yang menaja sis sampailah sis tamat dengan jayanya. Sis faham ramai yang merungut sebab ada yang tak mampu bayar bulanan, tak mampu bayar ikut jadual dan sewaktunya. Tapi korang kena ingat, PTPTN sangat-sangat WAJIB dibayar. 

Ada yang mampu pakai Honda, beli Iphone, pergi travel sana sini tapi masih tak mampu jugak nak bayar PTPTN. Lepas tu mengamuk cakap kerajaan itu ini. Jap. Sis tak faham tau jenis manusia sebegitu. Apa kaitan? Engkau yang pakai duit PTPTN pegi belajar kan? Bukan orang lain? So tanggungjawab engkau lah nak bayar balik. 

Dan ada jugak lepas graduate sampai sekarang tak dapat kerja. Sis harap yang tak dapat kerja lagi tu bukanlah sebab faktor memilih kerja. Zaman sekarang kau tak boleh nak pilih pilih kerja. Itu tak boleh, ini tak boleh. Janji kerja tu halal dan mendatangkan hasil. Rajinkanlah diri tu google jawatan kosong . Nah sis bagi link untuk kau cari kerja. Mana tahu sangkut salah satu. Rezeki awak lah tu.

Jobstreet
eRecruitment
JobMalaysia
SPA
JobDB
StarJobs
JenJobs
Mudah.my
Indeed

Banyak lagi sebenarnya website yang menyiarkan jawatan kosong. Nanti uols pandai-pandailah yer google. 
Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadisnya yang bermaksud:-
“Berhati-hatilah kamu dalam berhutang. Sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.”

Baru baru ni sis ada buat pengeluaran KWSP untuk bayar tunggakan PTPTN dan mohon buat penjadualan semula bayaran. Nanti sis akan tulis entry tersebut. Tunggu semuanya dah selesai ye.