TABUNG KAWIN SAYA - PLS KLIK

Pages

Trip To Langkawi (06.01.2017 - 09.01.2017)


Seminggu berlalu baru ada masa nak buat entry masa di Langkawi. 
Balik dari Sabah je group mak lampir sekalian bising nak pergi bercuti lagi. Sibuk mak lampir sekalian suruh I check ticket flight mana yang murah. Actually aku dah pernah sampai ke Langkawi. Tapi 2014 punya cerita la. Masa tu dengan family tersayang.
Kebetulan masa tu aku memang simpan details mak lampir sekalian so terus booking flight pada bulan 8/2016. Dua minggu lepas balik dari Sabah. Gila!. Tapi geng mak lampir sekalian extra caj la sebab kena transit ke KLIA/KLIA2. Almaklumlah, from Kuching no direct to Langkawi. Sedih kan? Hahaha. Dipendekkan cerita, si hantu Ella Ling buat perangai cakap tak dapat cuti la padahal dia p Langkawi dulu 2 bulan sebelum kitorang.
So kami pergi ber-6. Aku, Hellen, Missy, Nad, Zai & Emah. Masa tu flight kami semua tak sama. Aku, Zai, Nad & Missy kitorang satu flight naik AirAsia. Si Hellen naik Malindo kalau tak silap. Si Emah pulak naik Mas. Sampai je kat Airport Langkawi, cari si Emah. Kalau ikut flight dia dulu sampai sebab flight dia paling awal. Aku malas nak cerita panjang. Yang si Emah ni boleh lambat check-in tak boleh masuk dah masa kat KLIA. Nak tak nak dia kena beli ticket flight baru jam 04:00ptg - RM2**
Stop cerita pasal Emah. Hahaha. Sampai je kat Langkawi, kami p ambil kereta sewa Avanza untuk 4h3m - RM300. Sangat-sangat murah uols. Then  kitorang pun ke Padang Matsirat sebab nak check in homestay. Cantikkan homestay weols. Tepi jalan je.
Adaa Villa Sanggar Idaman. Kemain name. Tapi area situ kiri kanan memang homestay je banyak.

Dah check-in semua perut pun dah lapar so weols decide makan kat Restoran Seashell Laman Padi. 14minit je dari homestay. Use ur waze plesss. Hahaha.

1talam tu berharga RM70 untuk 5 orang. Makanan pun sedap. Time ni Emah takde. Dia masih atas flight. Hahaha.


Lepas makan, pick-up si Emah dan terus ke Dataran Lang. Kat situ ambik la gambar dengan helang tu puas-puas. Dah penat bergambar kami pun terus ke Pantai Cenang tengok orang main Parasailing. RM180 person. Weols tak naik pun. Just cuci mata je.






 Untuk tiket Cable Car kami book kat Airport Langkawi kat kaunter Digi. Murah sikit daripada beli kat Oriental Village tu. RM29 person. Tiket tu korang boleh guna bila-bila masa. Dan tak perlu queue pun masa kat Oriental Village
Pagi tu memang dah plan nak breakfast kat Nasi Dagang Pak Malau yang tepi sawah padi tu, tapi tutup 7 hari cuti kecemasan. Before korang nak pergi tu make sure call dulu ya. Masa tu sis tak terfikir pun nak call ke apa. Nah, ini nombor owner tu +6012 271 1977. Call dulu before nak pergi tanya buka ke tak. Kalau tak silap kedai ni tutup jam 2.00 petang

Kami pun breakfast kat Kak Yan Nasi Campur. Sangat-sangat murah dan sedap. Sepanjang kami dilangkawi kami memang breakfast kat situ je. Lagipun tak sampai 10minit dari homestay.


Perjalanan kami diteruskan ke Oriental Village. Sampai je kitorang terus pergi kaunter khas. Orang kaunter tu akan bagi tag dan letak kat pergelangan tangan. Sebab ada  tempat yang korang masuk kena scan tag tu dan juga menandakan yang korang dah beli tiket. Takda tag tak boleh masuk yer. 





Malam tu kami makan kat Restoran Haji Ramli. Murah & sedap. 



Untuk Mangrove Tour & Island Hopping kitorang dah booking awal sebelum sampai ke Langkawi. Lagi bagus booking awal. Sis booking dengan Encik Aliff  017 4304800.
Yang Mangrove Tour ni ada pakej beberapa jam. Sis ambik yang 3 jam sahaja RM250. Bot yang kami naik tak share dengan orang lain. Memang untuk kami 6 orang je dalam tu. Selesa dan nak jerit-jerit pun takda hal la. HAHAHA. 

Aktiviti Mangrove Tour seperti Bat Cave, Fish Farm, Eagle Feeding, Mangrove Sightseeing, Crocodile Cave, Open Sea (Andaman Sea)
Kilim Geoforest Park & Swimming at The Island Beach
Boleh tengok sini yer KLIK SINI
Mangrove Tour kami decide nak buat pagi dan sebelah petang untuk Island Hopping RM180. RM30 person (Tasik Dayang Bunting, Pulau Singa Besar & Pulau Beras Basah.)

Tasik Dayang Bunting tu engkau jangan fikir turun dari bot terus terjun dalam tasik tu. Tak. Uols kena bayar nak masuk tasik tu. Ada kaunter kat situ. Tak silap RM2 or RM3 person. Tak ingat dah. Dah buat bayaran nak mendaki pulak nak turun ke Tasik bawah sana. Sis tak larat dah masa tu sebab kepala masih pening masa naik bot tadi. Sampai je kat Tasik tu sis takda rasa nak menyelam ke apa. Sebab diorang cakap Tasik tu sangat-sangat dalam. Kita tak tahu ada apa kat bawah sana. Tapi terpulang kepada uols nak mandi ke tak. Life jacket kitorang sewa je dengan abang yang bawak boat tu. RM5 person.

Pulau Singa Besar tu tak singgah cuma tengok-tengok je. Pulau Beras Basah pulak kami singgah dan mandi. Tapi sis nasihatkan jangan bawak makanan sebab kat situ banyak monyet. Pantang nampak kita bawak plastik. Kitorang simpan dalam bot je.Tak sure la kalau belah-belah hujung sana tu takde monyet ke apa.




Waktu malam pulak kami shopping kat Jeti & HIG Kompleks. Memang rambang mata weols. Kawan sis sampai beli cadar lagi. Kerlasss. 

So, this is our short trip & enjoy your read.
 Nak gambar lagi? P follow Instagram - nonoyaziey