TABUNG KAWIN SAYA - PLS KLIK

Pages

Trip Sumandak Sarawak ke Kota Kinabalu, Sabah.


Actually dah lama plan nak p holiday sesama, tapi masing-masing ada komitmen kan. So we decide pergi dalam bulan 8/2016 lepas raya. Booking tiket bulan 3/2016 , so ada la beberapa bulan lagi untuk kumpul duit. Sebab kami punya bajet seorang RM300 x 4 orang = RM1,200.00. ( bajet tu termasuk sewa kereta, makan, hotel, minyak kereta dan aktiviti)

Trip 4hari 3malam (6/8/16 - 9/8/16). Tiket flight pandai-pandai la yer cari yang murah. 

*Sewa kereta Saga Auto - RM360. (Boleh contact dengan Encik Helmi +60 13 898 4856 (cakap dapat no hp ni dari saya confirm dapat murah). Hahaha. Rezeki kami dapat kereta baru, condition tip top! Thank you Encik Helmi.

*Sewa bajet hotel yang sangat2 bajet. Sebab untuk tido je pun, kalau kau nak membuta seharian better jangan pergi holiday. RM270 untuk 3 malam. Hotel Iskandar kat kampung air, berhadapan dengan pasar malam. Area deretan kedai dan restoran. Area situ memang banyak hotel. Murah pun murah. Tak tahu cam mana nak booking? P booking kat booking.my. Tak perlu deposit pun uols.

* 6/8 - Jam 9pm kami p makan kat Tanjung Lipat. Acah-acah makan tepi laut, dengar ombak gitu. Kat situ ada tempat orang karaoke. Kalau rasa nak belanja suara yang merdu p la nyanyi. Kami nak menyanyi jugak malam tu tapi spoil ramai sangat tunggu turn. Dah makan terus balik hotel sebab esok nak start meletihkan diri.

* 7/8 - 5am kami semua dah bangun. Siap ape semua jam 7:30am jugak kami keluar dari hotel then terus bekfes kat Fook Yuen. Situ ade Dim Sum yang sedap. Jam 8:15am kami mulakan perjalanan ke Kundasang. Jalan ke Kundasang memang mencabar giler. So silalah berhati-hati. Sepanjang jalan tu korang boleh nampak gunung kinabalu, cantikkkkkkk. So korang bolehlah nyanyi lagu "Tinggi-tinggi gunung kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu". Hahaha. Akhirnya kami sampai di Kundasang. Perghhhh. Cantik gileee. Sejuk. Apa lagi? Moh la kita selfie sampai lebam. View yang sangat cantik. Boleh nampak perkampungan orang situ. Then, kami masuk ke Desa Dairy Farm yang ala-ala oversea gituuu. Sorang RM5.00 kena bayar. Dalam tu ada jual ice cream, sosej, and macam-macam. Yang penting! Ada lembuuuu. Haha. Memang sejuk. Berangin je atas tu. Kami p masuk kandang lembu konon nak bagi lembu tu makan la tapi semua penakutt. Yang selebihnya kami habiskan masa ambik gambar buat kenangan. Kalau boleh kami takmau turun lagi sebab situ memg best. Tapi apakan daya banyak lagi tempat mo pegi bah. Jam 12pm kami turun singgah ke Kundasang War Memorial Park. Sorang RM2. Dalam tu ada taman yang cantik so bergambarlah puas-puas. Jam 1pm kami turun nak singgah ke Stawberry farm tapi sedih tak beroperasi lagi sebab buah stawberry takde. Spoil! Kami pun teruskan perjalanan ke Rumah Terbalik. Masuk kena bayar RM10.60 seorang. Yang guide kami dalam tu ada satu orang staff perempuan. Cantik! Ikutkan dia nak la bagi penerangan pasal Rumah Terbalik tu tapi terbalik pula kami yang over cerita pasal negeri Sarawak. Suka beliau mendengar. Buang masa je. Hahaha. Yang ni saya taknak cerita apa yang ada dalam rumah terbalik tu. Say NO! Jangan pm saya. Korang kena pergi tengok dengan mata sendiri. Baru syok! Privateeee nok! Kat situ ada jual souvenier. Masa kami pergi tu ada 50% sale. So habiskan lah duit korang tu. Jam 3pm kami pun balik dan singgah ke 1 Borneo. Mall dia besar bak hangggg. Saje menyinggah kot jumpa jodoh dalam tu. Jam 6:00pm kami pun balik la ke hotel. Jam 8pm kami p la makan kat tanjung lipat tu balik sebab ada sotong goreng tepung yang sedap. Actually boleh je nak p makan tempat lain tapi kami pergi bercuti pun bukan nak melantak so tak payah nak gigih sangat cari makanan sedap ke ape. Janji perut tu di isi. 9:30pm kami p la lepak kat Tanjung Aru, p la beli jagung & kacang untuk kunyah-kunyah sambil dengar ombak. 10pm balik hotel sebab semua muka dah letih gilerrr.


* 8/8 - Jam 8:30am Kami bekfes kat Mcd sebab malas nak p jauh-jauh sebab nak pergi Jesselton Point tu area hotel kami je. Sebelum nak p Pulau tu kalau korang takde ambik pakej makan ke ape, better beli siap-siap makanan kat KK tu sebab kat sana mahal babe! Air mineral besar tu pun RM8 hengget. Terus jatuh miskin mak! Selesai beli tiket , sewa life jaket and snorkeling jam 10am kami bergerak naik bot ke Manukan Island. (plan kami memang nak pergi 1 pulau je. Depends korang punya plan nak 2 or 3 pulau). Life jaket and snorkeling kami memang sewa 1 je sebab kami takde la nak mandi sangat. So sape nak teroka benda dalam laut tu boleh la pakai. Memang cantik Manukan Island. Dah sampai jeti tu, nak p kat area pantai tu kena bayar sorang RM3. Yg penting jangan pergi belah yang sunyi tu. Kang terpampang depan news muka korang yang hilang. So enjoylah ambik gambar puas-puas. Jam 3pm kami tunggu bot kat jeti sebab nak balik dah pun. Letihhhh. Malam tu kami makan mewah sikit sebab abang angkat belanja seafood kat area Pasar Pilipine tu. Sedap! Thank you Abang Ilyas. Dah kenyang dia p bawak kami tengok view kat Bukit Kokol & Signal Hill. Serius cantik! Sejuk je kawasan tu. Tapi jalannye tu nauzubillah. Berpusing pusing. Pening bah kepala ku! 

* 9/8 - Jam 9pm kami check-out and terus ke Pasar Pilipine. So start la sesi tawarr menawar. Yang penting pandai bodek dapat la harga murah. Kalau yang banyak barang tu nak bungkus dalam kotak ke apa, cakap kat penjual tu nak kotak. Actually diorang caj RM3. Tapi sebab kami perempuan dia bagi free. Hahaha. Jam 12pm kami p hantar kereta sewa kat airport. Kasi bersih itu kereta then pulangkan kunci. Jam 3.30pm flight balik ke tempat masing-masing. Harap ketemu lagi kita! 

*Desa Dairy Farm - RM5.00 per person
*Kundasang War Memorial Park - RM2.00 per person
*Rumah Terbalik - RM10.60 per person
* Pulau Manukan - RM28 per person. 

Banyak tempat yang kami skip sebab kekangan masa. Next trip boleh la ambik cuti seminggu pergi belah Tawau, semporna. Even sekejap je pun tapi best. Terbaik! Nak balik tu rasa nak nangis guling-guling sebab taknak balik. Hahah. So, inilah itinerary kami ke Sabah even tak banyak mana pun. Yang penting ! Kita enjoy! Banyak tragedi yang melucukan tapi biarlah menjadi kenangan buat kami semua. 
🌹