TABUNG KAWIN SAYA - PLS KLIK

Pages

Move On Lah. Kau Berhak Untuk Bahagia


25/01/2017 - Dua hari cuaca mendung seakan mengerti remuknya dihati ini. Hahaha. Sebut je pasal cinta bebudak tak habis sekolah lagi pun tahu. Entah faham ke tak maksud cinta tu. Setakat I LOVE YOU, YOU LOVE ME? I LOVE YOU TOO tu, sis tak hairanlah. Sebab sis pun pernah bercinta zaman sekolah dulu. So sis paham jiwa meronta budak-budak yang tengah baru nak mengenal pakwe/makwe ni. Hahaha. 

Nak move on ni bukannya senang bagi seseorang yang terlalu meletak harapan yang sangat tinggi kat pasangan beliau. Itu sangat-sangat tak digalakkan dalam perhubungan. 

Hari ini tak mahu cerita sedih-sedih. Nah! sis bagi tips nak move on bila engkau dikhianati, dilukai, dicurangi or whatever lah. Sebelum baca tips yang sis bagi ni, hadam sampai lumat ayat ni....

"Menangislah sepuas-puasnya saat hati kau dilukai. Menangislah! Luahkan semuanya. Dah puas menangis? Mohon otaknya masih berfikir dengan waras masa itu. Kau pandang orang di sekeliling kau, family, kawan-kawan, rakan sekerja dan sape-sape lah. Takkan baru putus cinta kau rasa dunia kau dah gelap, hancur , trauma. Eyuwwww, pls lah! Wake up! Mulakan hidup bagi. Macamlah takde orang lain dalam dunia ni. Dah dia tak nak, kau angkat kaki cari yang lain. Simple. Sayang tu memang sayang, tapi sampai bila? Kalau dia boleh bahagia sweet sweet dengan pasangan dia, kenapa kau tak boleh? Belajar untuk melepaskan sesuatu yang bukan milik kita walaupun sakit."

Kau nak hadam, hadam lah. Kau nak skip, itu terpulang kepada hak individu. Incase terjadi seperti terjun bangunan, toreh tangan, dan aksi-aksi yang merbahaya, sis tak bertanggungjawab. Ingat ! Kita ada Allah.

Tips move on 

1. Mohon jangan stalker media sosial beliau

- Dah break-up tu, jangan sesekali kau buat Facebook fake add beliau semata-mata nak tengok kehidupan beliau selepas berpisah secara aman ke secara tsunami ke ape. Kalau masih friend kat Facebook, Twitter or Instagram. Sila remove ! Tak payah simpan dah. Ade jenis orang dia tak remove acah-acah nak tengok sape remove sape. Buang masa! Better kau remove dia dulu sebelum dia remove engkau. Itu akan buat kau merana nanti. 

2. Buang apa-apa barang pemberian

- Sis nak suruh uols lupakan kenangan pun, itu tidak mungkin berlaku kan. Kenangan tetap kenangan. Tapi sebaik-baiknya, kau buang segala pemberian beliau seperti patung ke, bunga yang dah layu ke ape, pen ke and so on. Sebab, kalau kau masih simpan , automatik benda tu akan buat kau rindu, ingatkan kat dia. Nanti kau jugak yang sakit. Yang simpan gambar dalam phone cepat-cepat delete. Lagi lama kau simpan, jiwa kau meronta nak tengok last-last jadi rindu, terkenang la hape. Tak pepasal jiwa kacau lepas tu. 

3. Luangkan masa bersama BFF

- Dulu masa ada couple, kau lupa BFF kau. Ha tu lah, Allah tarik nikmat bercinta kau. Hahaha. BFF ni sangat penting untuk kau meluah semua apa yang kau rasa. BFF adalah pendengar setia. Sis kalau tengah down, sis cari BFF sis. Kalau boleh pergilah tengok wayang ke apa, spend time dengan BFF. Jangan asyik fikir nak bercinta je !


4. Cari yang baru

- Perkara ni sis tahu ramai susah nak buat. Kadang tu ada yang ambik masa berbulan-bulan, bertahun-tahun untuk move on. Padahal beliau dah bahagia dengan yang lain. Kau? Still menangis kat dalam bilik mengenang nasib. Buang masa ! Cari yang baru maksud sis kawan perempuan/lelaki yang baru. Just berkawan. Bukan terus nak bercinta nak kawin la hape. Engkau berhak untuk bahagia, semua orang pun berhak untuk bahagia. Jangan seksakan diri kerana seseorang. 

5. Elakkan bercakap tentang si dia

- Tak payah dah sebut itu ini mengenai beliau. Tak berbaloi. Kalau boleh elakkan bercakap mengenai beliau sebab tu semua akan buat kau ingat kembali kisah-kisah korang. Inform siap-siap dalam group jamu mak dara kau tu, rules dalam group whatsap jangan bercerita mengenai Ex. Hahaha. Dalam group whatsap sis, kalau kawan-kawan sebut nama Ex sis dalam whatsap, sis ok je. Dah tak rasa apa pun. Secebis sayang pun takde dah. Tu tandanya sis dah berjaya move on. Sampah yang dah di buang jangan kutip balik. Ingat tu. 

So, itulah tips yang sis nak bagi. Apapun, dekatkan diri dengan Allah. Berdoalah selalu moga dipertemukan dengan jodoh yang baik. Amin. 

Manusia tak ada yang sempurna. Ingat.